Thursday, December 11, 2008

TENJIN UNDERGROUND SHOPPING ARCADE

7/12/08 (Ahad), selepas selesai ronda2 kat Hakata Riverain, kami singgah sebentar di Tenjin Underground Shopping Arcade... Ia merupakan antara tempat shopping popular di Fukuoka. Konsep dia lebih kurang mcm Petaling Street yg baru... Ader banyak kedai pakaian yg murah & cantik. Aku rasa berbaloi shopping kat sini sbb harga dia tak jauh sgt dgn flea market... Tapi mmg ader jugak kedai yg mahal... Kalo duk kat Fukuoka nie wajib pi sini... rugi tak mai....
Kami pi nie dah malam jadi banyak kedai dah tutup... Kalo jln kaki jauh jugak nak berjalan... Tempat nie merupakan pusat membeli-belah berbumbung sepanjang 230m. Juga dikenali sbg 'Fukuoka Walking Downtown'... Ada lebih drp 100 kedai yg menjual pakaian tradisional & moden dgn fesyen2 tbaru drp Tokyo, Paris & New York... Restoran2 pun ada jugak...
Sempena Christmas, sepanjang jln dihiasi dgn lampu kelip2... menarik sangat...
Nie antara kedai yg kami tertarik iaitu pakaian tradisional Jepun... tengok2 jap... kalo ada apa2 yg boleh dibawa balik...
Lain kali kami nak pi lagi... Banyak lagi kedai tak habis round.... 8mlm dah tutup la... sblm balik, pi pekena Udon kat Westo sini la....

No comments: