Monday, December 29, 2008

MY LAB'S NEW YEAR PARTY

26/12/08 (Jumaat), setiap hujung tahun semua lab di Jepun nie akan mengadakan parti. Kebiasaannya mereka akan pi makan di restoran & berkaraoke. Tapi lab aku nie mmg berbeza sama sekali dgn lab2 lain. Nak tau apa... Jom tgk. Selepas selesai meeting bulanan, kami semua dikehendaki membersihkan lab. Aktiviti bersihkan lab nie jugak merupakan acara tahunan.
Ingatkan kejap jer bersihkan lab... rupanya sensei suruh bersihkan semua sekali... cuci lantai, cuci tingkap, buang semua fail2 lama... Boleh dikatakan smp sensei puas hati ler... Sensei lagi rajin cuci drp anak buah... Aku banyak mengular jer...
Parti tahun nie sensei ckp khas dibuat utk aku... Maklum lah aku nie banyak sgt benda yg tak leh makan. So, sensei just beli seafood and vegetables jer utk parti tahun nie. Lab aku kalo ader apa2 parti pun tak pernah buat kat restoran luar. Semuanya sensei beli & beliau sendiri yg masak. Takde karaoke. Seafood : ikan, ketam, udang dll. Kalo lab lain takde peluang nak join sbb depa makan kat restoran, mane ader sgt benda halal...
Spt biasa sensei Tanimoto akan jadi chef. Org jepun nie masak simple jer... Main campak2 jer. Takyah nak pakai lesung batu or blender...
Kalo nak tau nie steamboat Jepun.... Pergh... semua dah tak sabor nak makan sbb penat duk bersihkan lab....
Mmg betul2 sodap... Biasanya masakan Jepun nie takde rasa sgt... tapi yg nie mmg cukup semua rasa... Ini antara masakan Jepun yg paling best aku pernah makan... Lebih best dari Udon... First kami meratah seafood, second sensei masukkan mee udon, third sensei masukkan nasi + telur...
Ini name dia Kimchi. Dulu masa kat Msia... Azizi duk cite dia pandai masak kimchi Korea... Aku ingat apa benda... Rupanya sonang jer..I ni kimchi Jepun. Sayur yg diperam & dibubuh lada. Mmg best dimakan dgn nasi. Rasanya mcm letak sambal belacan...
Lab jepun nie tak sah kalo depa tak minum... Cuma sensei aku jer yg mmg tak pernah minum. Sensei & aku minum coke jer...

No comments: