Tuesday, September 30, 2008

GRAND IFTHAR FROM MALAYSIA

Pd. setiap hujung minggu, KUMSA (Persatuan Islam Fukuoka) menganjurkan majlis berbuka pose di Kaikan (International House) dpn umah aku jer. Berikut adalah giliran menyediakan makanan mengikut negara.

Minggu pertama : Warga Egypt & Arab
Minggu kedua : Warga Bangladesh
Minggu ketiga : Warga Indonesia
Minggu keempat : Warga Malaysia bersama Business Community

Warga Malaysia paling sikit sbb tu kena share dgn business community. Kalo tak teruk sbb makanan perlu disediakan utk 250 org. Persatuan sponsor dlm bentuk barang spt ayam and beras yg bernilai ichiman en (10,000 yen). Setiap warga Msia kena bayar 3000 yen bagi bujang and 5000 yen bagi family.
Warga Msia hanya sediakan makanan kuih-muih. Nampak cam senang jer, tapi sbb nak masak utk 250 and then kena prepare tempat, mmg banyak keje. Kuih cara disediakan oleh family Sohiful dan cucur udang power tu disediakan budak2 undergraduate siap dgn sambal sekali. Buah-buahan pd hari tu, kami beli anggur and buah lai. Kurma turut disponsor oleh warga Arab.
Kek kukus coklat nie disediakan oleh family aku and family Hafizal. Kena buat 2 org sbb tak muat nak simpan.... banyak sgt...
Air minuman turut disediakan oleh warga Msia. Kami pi shopping kat BoxTown...Mcm buat kenduri kahwin pun ader...
Operasi bermula jam 3.30 ptg..... Buke pose kul 6.06 ptg...
Nasi Beriani nie disediakan oleh Business community. Inilah nasi beriani yg paling sedap pernah aku makan. Mereka jugak ader bawak air minuman, puding and teh tarik special. Kebanyakan dari mereka nie, adalah Bangla yg berniaga kat sini and kahwin dgn org Jepun. Ader jugok sedikit org Arab. Mmg meriah betul. Mereka semua tu mmg duk tunggu giliran Msia sbb kite org mmg bagi makanan power punyer walaupun community kite paling kecik. Selepas selesai makan ader upacara penyampaian hadiah utk anak2 yg hafal al-Quran. Persatuan bagi 3000 yen utk mereka yg hafal. Paling banyak hafal setakat nie 6 juzuk. Paling muda yg duk hafal tu 4 tahun. Kelas diadakan setiap hari Sabtu.

No comments: