Sunday, October 19, 2008

BOWLING TOURNAMENT 2008

15/10/08 (Rabu) 7 mlm., satu pertandingan bowling telah diadakan di Hakata Starlane anjuran Fukuoka-Malaysia Association.
Tetamu khas: Dato` Mohamed Razi (Duta Msia) dan isteri, Tuan Rosli Rashid dan Tuan Asraf Adnan (Bahagian Pelancongan Malaysia, Osaka) turut serta bertanding. Penyertaan: 40 orang. Bentuk perlawanan: Berkumpulan (4 orang) - pengagihan ahli adalah secara rawak. Bilangan permainan: 2 games shj seorg. Hadiah: Johan kumpulan, Johan individu (lelaki dan perempuan), peserta ke-2 terakhir (hadiah bagi semangat jangan putus asa). Bayaran: percuma termasuk kasut. (Gambar atas - ihsan Hafizal)

Peserta mendaftar diri & mengenalpasti kumpulan masing2. Aku kumpulan C.

Sebelum acara bermula, setiap ahli kumpulan dibenarkan membuat percubaan sebanyak 2 kali sebagai test power... Masa test power nie kumpulan aku dah mula tunjuk taring... semua strike!!!...

Ini antara ahli kumpulan aku iaitu Hassan, Cik Yah (wife Hafizal) dan Tuan Asraf (takde dlm gambar). Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanyer hujan di t/hari...

Ini antara org kuat yg bertungkus lumus menjayakan program nie. Utk makluman semua, kos ditanggung oleh persatuan ini di mana ia adalah milik penuh org Jepun.

Aku memilih bola saiz 12... Kawan2 yg lain bergitu ghairah sekali nak main bowling kat Jepun nie.. Bagi aku biasa jer sbb nie dah kali ke-2 aku main bowling kat Jepun. First dulu dgn budak2 lab aku..

Kata2 aluan dari Duta Msia & penganjur sebelum acara bermula...

Upacara penyampaian hadiah. Kumpulan aku gagal membawa pulang sebarang hadiah. Tapi secara individu, aku sangat berpuashati krn prestasi aku dah semakin bagus. Jatuhan pin aku utk 2 round ialah 266 (4 kali strike). Jatuhan pin terbaik adalah Dato Radzi (dlm 300 lebih), tapi beliau tak mahu hadiah. Jadi jatuhan pin terbanyak dpt kat Farhan iaitu dlm 280 lebih... Wife Dato Radzi pula dpt jatuhan terbaik utk kategori wanita...

Makanan percuma disediakan utk para peserta.... Tugas aku cuma dtg, main & makan.... Acara nie adalah secara tahunan, tanpa apa2 bayaran...

Antara banyak2 benda yg ader kat sini, aku tertarik dgn mesin utk pilih kasut bowling (Auto Shoeser). Senang jer... just pilih saiz kasut dan tekan jer button. Kalo salah saiz, masukkan semula kasut dlm kotak tepi mesin tu... Mmg kreatif design dia...

No comments: