Sunday, November 9, 2008

GETTING A PUBLIC HOUSE @ DANCHI

Utk makluman semua, kami akan berpindah ke rumah baru (public house) pd 15/11/08 (Sabtu) ini. Kami bernasib baik kerana dpt public house. Di Jepun nie, ia dikenali sebagai Danchi.
Krn ia bergantung kpd jumlah pendapatan, maka bukan semua org boleh memohon public house. Hanya mereka yg berpendapatan rendah shj layak memohon. Layak memohon, tp lom tentu lagi boleh dapat... sbb ia menggunakan sistem loteri iaitu berdasarkan no. cabutan krn terlalu ramai yg memohon.
Yg menariknya, foreigner mcm kami nie pun layak memohon. Setahun boleh apply 4 kali utk Shi (Daerah) dan 4 kali lagi utk Ken (Negeri). Jadi, setahun 8 kali lah boleh apply... Gambar atas tu, borang permohonan utk Shi. Kami mohon pd bulan Ogos dan keputusannya lebih kurang dlm 2-3 minggu. No. loteri kami ialah 58, tapi malangnya no. tersebut tak naik... Tapi bagus jugak sbb kami masih lagi baru 2 bulan duduk kat Kaikan (International House) ni...
Sebulan selepas itu (Sept), borang permohonan utk Ken (Negeri) telah keluar. Kami mencuba nasib sekali lagi sbb tempoh utk kami tinggal di Kaikan akan berakhir dlm bulan Mac 2009. So, kami kena try sebanyak yg mungkin... Company yg menguruskan kedua2 danchi ini adalah berbeza, tapi sistem masih sama.
Bagi danchi Ken nie.. kami diberi 2 no. iaitu 84 & 85 krn ia berdasarkan bil ahli keluarga. Bagi mereka yg mempunyai anak yg ramai iaitu 3 ke atas akan diberi 2 no. loteri...
Keputusan bagi danchi ini boleh dilihat dlm laman web. Kali nie, nasib kami seperti ada cahaya di dlm terowong iaitu walaupun tdk berjaya, tapi kami tersenarai sbg reserve yg pertama. Ini bermakna.... sekiranya ada yg menolak rumah nie, maka kami org pertama yg akan dipanggil. Utk makluman, permohonan utk umah yg kami nak nie lebih kurang 180, tapi kekosongan hanya ader 6 shj....
Kami sebenarnya tdk mengharap sgt utk dpt... sbb pengalaman dari senior2 yg dulu mengatakan danchi Ken ini sgt susah nak dpt kalo dibandingkan dgn danchi Shi. Danchi Ken nie rumahnya lebih besar & selesa... So, bila tahu reserve, mmg rasa confirm tdk dpt jer... Huruf 1 kat atas tu menunjukkan reserve yg pertama...
Tapi takdir penentu segalanya.. Alhamdulillah... Kami amat bertuah krn mungkin ader yg menolak umah nie. Jadi sbg reserve yg pertama, kami telah diterima utk masuk umah danchi... Gambar atas tu adalah company yg menguruskan umah danchi bagi Ken.
Jadi, aku kena pergi company nie utk dengar taklimat pasal sistem umah danchi nie & seterusnya menerima kunci....
Nie kunci umah baru aku iaitu Blok 1 tingkat 6, umah no. 607...
Majlis penyerahan kunci dari Araki san iaitu pegawai yg uruskan umah danci. Panjang lebar dia cite kat aku, tapi aku buat2 jer faham... Yg aku tahu akan dpt kunci umah... hehehe.. Kalo nak tau pasal umah baru aku & harga sewa dia... Tungguuu... Mmg berbaloi... Alhamdulillah syukur...

No comments: